Monday, May 31, 2010

Kelas Batal!!

Sebermulanya...

9.15 AM :

A, F dan S terkedek-kedek bergegas ke kelas Kemahiran Menulis ZT2243. Dalam perjalanan
A mendapat panggilan daripada M mengatakan bahawa kelas pada pagi itu BATAL!!**sedang tersenyum lebar**
Dalam hati riang tidak terkata. Seperti ingin melompat keriangan. Belum sempat musim bunga bertamu, musim salju turun dahulu. M memberitahu ada tugasan yang perlu dilaksanakan dan perlu dihantar pada keesokan harinya yakni bersamaan 1 Jun 2010.

Namun begitu, A, F, S dan M tidak merungut kerana sebagai seorang pelajar tugasan-tugasan sebegini adalah lumrah seorang pelajar.**mode:pelajar baik dan dedikasi**

::Tugasan::

1. Buat rangka penulisan untuk tajuk penulisan berkumpulan dan
2. Sertakan sekali 5 rujukan bagi penulisan.


10.00 AM :

Bergegas ke Ptsl dengan tujuan untuk mencari bahan rujukan bagi penulisan. A, F, S dan M terus menuju ke tingkat 3 di mana
jurnal dan bahan surat khabar boleh didapati.

::Aktiviti::

1. Mencari bahan-bahan rujukan di dalam surat khabar. Berita Harian, Utusan Malaysia, Metro
dan seumpamanya hampir semua telah dibolosi dengan jayanya.

2. Membina rangka penulisan daripada tujuan kajian hinggalah lampiran.

3. Soal selidik turut dibincangkan memandangkan soal selidik adalah HARUS bagi tugasan berkumpulan.


11.30 AM :

Tanpa diduga, F yang begitu ceria dan bersemangat pada saat itu berjaya mendapatkan 2, 3 buah majalah dan makalah yang
sangat bermanfaat dan mempunyai isi-isi penting bagi tajuk penulisan tugasan berkumpulan. Terima kasih kepada mood ceria dan bersemangat F.
(^_^)

Tanpa diduga sekali lagi, A, F, S dan M terpaksa mengharungi Zaman Kegelapan Ptsl
**ayat dipetik daripada S yang sememangnya menunjukkan ciri-ciri blogger sejati**
Ptsl mengalami ketiadaan api. Bergelap seketika. Namun begitu, A, F, S dan M tidak berputus asa untuk mencari cahaya kehidupan mereka kembali
apabila mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia Ptsl pada saat itu juga.



12.00 PM :

Semua pun beransur pergi menuju ke destinasi masing-masing **Sesudah pembahagian tugasan**

Tamat.



Rujukan:-
A=Anilzah
F=Fation
S=Sarah Hejo
M=Mujem

0 comments:

Post a Comment