Monday, June 28, 2010
Kesimpulan
Cadangan
Pencemaran bahasa yang berlaku di negara kita haruslah ditangani dengan segera jika ingin memakmurkan bahasa Melayu yang kita cintai ini. Pemantauan secara kerap haruslah diambil dari semasa ke semasa untuk memastikan tiadanya kesalahan penggunaan bahasa berlaku. Pihak-pihak berwajib haruslah memainkan peranan yang penting dalam memantau masalah ini bukan sahaja di alam siber malah di mana-mana sahaja pencemaran bahasa yang berlaku. Denda dan teguran daripada pihak berkuasa adalah perlu bagi mengelakkan pihak tertentu atau individu daripada melakukan kesalahan bahasa dengan bebas dan sewenag-wenangnya. Dengan itu, setiap individu pastinya akan lebih berhati-hati dan sentiasa peka dalam penggunaan bahasa yang betul.
7.2 Seminar dan bengkel
Demi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat kepada pentingnya penggunaan bahasa yang betul, pihak-pihak yang berkuatkuasa haruslah sentiasa menganjurkan dan mengadakan seminar-seminar, bengkel, ceramah dan forum kepada masyarakat dan pelajar khususnya agar kesedaran dan tanggungjawab sentiasa tertanam pada setiap individu masyarakat. Seminar ataupun bengkel-bengkel haruslah mengandungi pengisisan di mana masyarakat didedahkan dengan contoh-contoh dan jenis-jenis kesalahan bahasa yang sering dilakukan dengan harapan agar kesalahan-kesalahan bahasa tersebut dapat dielakkan. Aktiviti-aktiviti seperti ini pastinya akan membuka mata dan ruang minda masyarakat untuk lebih mencintai bahasa kita dan menghargainya.
7.3 Fikir sebelum tulis
Tidak dapat dinafikan bahawa tindakan pihak-pihak berwajib adalah perlu dan penting dalam menangani masalah pencemaran bahasa yang semakin menular di alam siber. Namun begitu, tanpa penglibatan penuh dan sokongan padu daripada setiap individu masyarakat pastinya usaha yang dijalankan oleh pihak tertentu adalah sia-sia. Oleh itu, setiap individu juga berperanan penting dalam menangani masalah ini. Sebagai individu yang turut menggunakan bahasa Melayu adalah tidak wajar sekiranya meletakkan tanggungjawab di bahu sebelah pihak sahaja dan menonton tanpa berbuat apa-apa. Adalah tanggungjawab seseorang individu itu untuk memastikan penggunaan bahasa yang betul dan tiada kesalahan bahasa yang dilakukan. Penting untuk berfikir dahulu sebelum menulis sesuatu ayat atau perkataan. Hal ini dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan bahasa yang salah dan turut memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat amnya.
Soal selidik
Bagi soalan pertama, berapa kerapkah penggunaan internet dalam sehari?. Hampir 65% mahasiswa-mahasiswi menjawab 8 jam sehari dan 25% menjawab sepanjang hari. Hal ini menunjukkan bahawa mahasiswa-mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia kerap melayari internet dalam sehari ditambah pula dengan perkhidmatan WIFI yang percuma dan ada yang berbayar. Mahasiswa-mahasiswi boleh mengakses internet dalam bilik mereka sendiri. Oleh itu, penggunaan internet di kalangan mahasiswa-mahasiswi makin meningkat dari tahun ke tahun.
Seterusnya bagi soalan kedua, apakah jenis laman sesawang yang sering dilayari di internet?. Sebanyak 50% menjawab melayari laman sosial seperti facebook, Friendster, Hi5, Tagged dan sebagainya. Manakala sebanyak 45% menjawab melayari e-mail. Hal ini menunjukkan bahawa mahasiswa-mahasiswi banyak menghabiskan masa mereka dengan melayari laman sosial. Justeru itu, mahasiswa-mahasiswi banyak menggunakan internet untuk melayari laman sosial daripada mencari bahan ilmiah.
Bagi soalan ketiga pula, pernakah anda menggunakan ayat-ayat atau perkataan seperti berikut semasa melayari internet. Hasil soal selidik menunjukkan hampir 80% mahasiswa-mahasiswi menggunakan bahasa sms semasa melayari internet dan 60 % mahasiswa-mahasiswi menggunakan bahasa rojak semasa melayari internet. Hal ini menunjukkan bahawa, kebanyakan mahasiswa-mahasiswi menggunakan bahasa sms semasa melayari laman sosial kerana menjimatkan masa mereka. Oleh itu, bahasa boleh menjadi rosak jika salah penggunaanya.
Seterusnya bagi soalan keempat, laman sosial penyumbang terbesar kepada pencemaran bahasa. Sebanyak 65 % setuju dan 25% sangat setuju laman sosial penyumbang terbesar kepada pencemaran bahasa. Hal ini menunjukkan bahawa pencemaran bahasa banyak terjadi di laman sosial. Justeru itu, mahasiswa-mahasiswi perlu peka dengan masalah pencemaran bahasa di alam siber ini.
Bagi soalan kelima, rakan sebaya sebagai punca utama penyumbang utama kepada pencemaran bahasa. Sebanyak 45% bersetuju dan 35% tidak pasti mengenai rakan sebaya sebagai punca utama penyumbang utama kepada pencemaran bahasa. Hal ini menunjukkan bahawa mahasiswa-mahasiswi banyak terpengaruh dengan rakan sebaya semasa menulis di dalam laman sosial. Oleh itu, mahasiswa-mahasiswi perlu mempunyai pendirian dalam diri mereka.
Seterusnya bagi soalan keenam, menjimatkan masa sering menjadi alasan bagi pengguna untuk menulis bahasa rojak dan bahasa sms di alam siber. Sebanyak 50% sangat setuju dan 50% bersetuju menjimatkan masa sering menjadi alasan bagi pengguna untuk menulis bahasa rojak dan bahasa sms di alam siber. Hal ini menunjukkan bahawa sebanyak 100% mahasiswa-mahasiswi menggunakan bahasa rojak dan bahasa sms kerana menjimatkan masa. Oleh itu, inilah punca utama mengapa berlakunya pencemaran bahasa di alam siber.
Bagi soalan ketujuh, kurangnya penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar UKM di alam siber. Sebanyak 40% bersetuju manakala 25% tidak pasti iaitu kurangnya penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar UKM di alam siber. Hal ini menunjukkan bahawa kurangnya penguasaan bahasa juga menjadi faktor kepada berlakunya pencemaran bahasa di alam siber.
Bagi soalan kelapan, sikap pelajar yang tidak ambil peduli dalam penggunaan bahasa asalkan mesej dapat disampaikan dengan jelas. Sebanyak 65% sangat setuju dan 35% besetuju bahawa sikap pelajar yang tidak ambil peduli dalam penggunaan bahasa asalkan mesej dapat disampaikan dengan jelas. Tuntasnya, mahasiswa-mahasiswi sepatutnya mengubah sikap tidak ambil peduli tersebut kepada sikap bertanggungjawab terhadap bahasa ibunda kita.
Seterusnya bagi soalan kesembilan, pengguna tidak mengendahkan pencemaran bahasa kerana kurangnya pengetahuan terhadap undang-undang yang telah dikuatkuasakan. Sebanyak 50% bersetuju manakala 25% tidak pasti iaitu pengguna tidak mengendahkan pencemaran bahasa kerana kurangnya pengetahuan terhadap undang- undang yang telah dikuatkuasakan. Hal ini menunjukkan bahawa mahasiswa-mahasiswi mengetahui mengenai pencemaran bahasa di alam siber tetapi mereka tidak ambil peduli mengenai masalah tersebut. Justeru itu, mahasiswa mahasiswa perlu menjadi contoh tauladan kepada masyarakat luar kerana mereka adalah orang yang berpelajaran.
Akhirnya, bagi soalan kesepuluh, alam siber di salahgunakan demi kepentingan peribadi. Sebanyak 45% tidak pasti dan 20% bersetuju manakala 20% tidak setuju alam siber disalahgunakan demi kepentingan peribadi. Impaknya di sini, alam siber bukanlah tempat untuk digunakan bagi tujuan peribadi bagi sesetengah pihak.
Kesan-kesan pencemaran bahasa di alam siber
Setelah membincangkan mengenai faktor- faktor pencemaran bahasa di alam siber, kini diteruskan lagi perbincangan mengenai kesan- kesan pencemaran bahasa di alam siber. Terdapat lima kesan yang utama. Kesan yang pertama ialah bahasa menjadi rosak. Bahasa menjadi rosak apabila bahasa tersebut disalah gunakan. Sebagai contoh penggunaan bahasa sms dan bahasa rojak digunakan dalam laman sosial. Akibatnya, bahasa menjadi rosak dan menjatuhkan martabat bahasa itu sendiri.Selain itu, bahasa melambangkan sesuatu bangsa. Jika rosak sesebuah bahasa maka akan rosaklah bangsa tersebut. Akhirnya bangsa tersebut akan hilang identitinya sendiri. Oleh yang demikian, mahasiswa-mahasiswi perlu cakna dalam menggunakan bahasa di laman sosial.
5.5.2 Kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang
Disamping itu, kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang merupakan kesan kepada pencemaran bahasa di alam siber. Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut. Impaknya disini, mahasiswa-mahasiswi adalah agen yang perlu memperbaikki pencemaran bahasa di alam siber ini.
5.5.3 Persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa.
Selain itu, antara lain kesan pencemaran bahasa di alam siber ialah akan timbul persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa. Persepsi buruk ini akan timbul kepada pelajar ataupun pelancong yang mempelajari bahasa tersebut. Mereka akan mempertikaikan mengapa bahasa yang digunakan oleh penduduk negara tersebut di laman sosial tidak sama seperti yang mereka pelajari. Impaknya, akan menimbulkan persepsi buruk terhadap bahasa tersebut. Mereka akan menceritakan persepsi buruk tersebut kepada rakan- rakan dan ahli keluarga mereka. Tuntasnya, apabila pencemaran bahasa berlaku mereka tidak lagi menimbulkan minat untuk belajar bahasa tersebut. Oleh yang demikian, bahasa juga akan mencerminkan sesebuah negara.
5.5.4 Gejala sosial semakin berleluasa
Dengan meningkatnya bahasa kasar dan lucah di alam siber, remaja akan terpengaruh dengan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang sering digunakan di alam siber. Remaja dan seseorang individu cenderung untuk menggunakan bahasa kasar dan lucah tersebut bersama rakan-rakan yang lain dalam perbualan seharian. Malah sesuatu perkataan atau ayat tersebut akan menjadi ‘trend’ dalam perbualan seharian remaja. Yang lebih mendukacitakan apabila ayat-ayat kasar dan berbaur lucah tersebut turut dilemparkan kepada ibu bapa sendiri. Ini secara tidak langsung melahirkan remaja yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati ibu bapa. Apa yang lebih mengejutkan ialah budak-budak yang masih lagi bersekolah rendah turut biasa untuk menggunakan ayat-ayat kasar atau perkataan berunsur lucah tersebut. Hal ini memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan dan perkembangan minda kanak-kanak. Jika hal ini tidak dibendung, adalah tidak menghairankan jika kes gejala sosial juga turut berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang belum lagi menginjak remaja.
5.5.5 Mutu kualiti bahasa menurun dalam kalangan pelajar
Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama –kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran bahasa
Masyarakat selalu menyalahkan pengaruh rakan sebaya apabila berlakunya sesuatu masalah yang melibatkan remaja. Sebenarnya, apa yang masyarakat tidak sedar adalah, ia adalah kehendak seseorang itu sendiri sama ada ingin dirinya dipengaruhi, ataupun tidak. Bagi faktor rakan sebaya, betapa mudahnya seseorang remaja mempengaruhi remaja yang lain kerana mereka sendiri tidak pasti akan identity mereka sendiri. Maka, mereka lebih mudah menerima dan mengulang kembali apa yang dilakukan oleh kebanyakan rakan mereka. Ingin mengikut arus, ‘trend’. Supaya tidak dikatakan kuno atau berada di zaman ais.
5.4.2 Masa
Ternyata rata-rata pencemaran bahasa berlaku di alam siber adalah gara-gara penulisnya ingin menjimatkan masa. Pastinya kerana telah terbiasa dengan cara komunikasi dalam telefon bimbit, melalui sistem pesanan ringkas. Walau bagaimanapun, mesej di telefon adalah berlainan dengan mesej di alam siber. Ini kerana, mesej telefon cuma akan dibaca dan difahami oleh penerimanya sahaja.
Lain pula dengan perbualan di Internet yang pastinya akan dilihat dan dibaca oleh rakan-rakan yang lain. Dan yang lebih teruk, apabila dibaca oleh generasi yang sedang belajar seperti adik-adik yang bersekolah rendah. Kadang-kadang, kekeliruan boleh berlaku apabila terdapat pelbagai versi ejaan perkataan.
5.4.3 Pengetahuan Bahasa yang lemah
Kebanyakan mereka yang menggunakan bahasa rojak, SMS, bahasa lucah dan sebagainya adalah mereka yang mempunyai pengetahuan cetek dan kurang teliti dan peka dengan bahasa yang digunakan dalam berkomunikasi di alam siber.
Mereka ini selalunya mempunyai tahap akademik yang rendah dan tahap pembacaan mereka juga lemah. Selalunya mereka yang menulis di alam siber ini hanya berdasarkan penggunaan bahasa harian mereka terutamanya bahasa basahan iaitu bahasa pasar.
Hanya ahli akademik atau golongan professional sahaja yang menggunakan bahasa yang betul dalam menulis bahan ilmiah dan rujukan. Ini kerana mereka sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pendidik harus menggunakan bahasa yang betul agar generasi muda tidak memandang rendah kepada mereka.
5.4.4 Sikap Tidak Endah
Sikap tidak endah adalah lebih membahayakan kepada masa depan bahasa kita. Apabila sesuatu yang telah diketahui, diabaikan. Contohnya penggunaan perkataan infotainment dan sure heboh oleh stesen televisyen.
Perkataan information dan entertainment yang diubah suai menjadi infotainment dan perkataan sure (bahasa Inggeris) dan heboh yang digabungkan menjadi satu istilah baru. Apa yang lebih menyedihkan, ia diwar-warkan ke serata negara seolah-olah ia satu kemegahan yang patut dirasai oleh setiap rakyat Malaysia.
Namun begitu, tindakan yang diambil oleh pihak terbabit untuk membetulkan kesilapan ini, patut dipuji seperti Kempen Pantau Tegur Bahasa yang dikelolakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, di mana, bantuan rakyat diminta melaporkan kesalahan penggunaan bahasa yang salah pada papan-papan iklan dan tempat awam. Ganjaran diberikan menikut jumlah pantauan yang dilakukan.
5.4.5 Tiada Tindakan atau Denda
Dari segi penggunaan bahasa dalam media siber, sememangnya tiada undang-undang khusus yang boleh digunakan dan dikuatkuasakan. Hal ini perlulah diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan. Walaupun tiada sebarang tindakan boleh dikenakan terhadap “pesalah bahasa”, sekurang-kurangnya “pesalah bahasa” itu boleh dipantau dan diberikan nasihat yang sewajarnya, terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan norma-norma ketimuran, seperti penggunaan bahasa kesat dan kasar untuk mengatakan pihak-pihak tertentu, baik dalam blog mahupun laman sosial.
Mereka perlu sedar bahawa kebebasan itu bukanla kebebasan mutlak. Pengguna media siber juga terikat dengan peraturan atau akta tertentu, seperti Akta Multimedia, ISA dan OSA.
5.4.6 Perang Siber
Bagi Imlan Adabi (2010) dalam surat khabar Berita harian, isu media baru sentiasa lunak diperkatakan. Penulis blog dan pengendali laman web kerap menjadi tumpuan kerana keteledoran mereka bertindak melanggar hukum dan susila masyarakat. Artis di negara kita juga tidak dapat mengelak diri daripada perang siber yang dapat mengancam masa depan mereka.
Ini terjadi akibat penyebaran fitnah, memaki individu tertentu dan hasutan kepada masyarakat menerusi laman sosial mahupun di blog. Terbaru, seorang kerani bank menjadi individu pertama disabitkan kesalahan menggunakan aplikasi lucah menerusi internet bagi tujuan komersial, didenda RM30,000 atau enam bulan penjara.
Selain itu, seorang belia berusia 29 tahun ditahan di Kelantan selepas tulisan di dalam blognya menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri. Pada Ogos 2008, penulis blog Penarik Beca, Abu bakar Mohd Rashid, ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya yang disifatkan Ketua Polis Negara sebagai satu penghinaan kepada pasukan itu dan cubaan untuk menghasut orang ramai supaya membenci polis.
Bagi sesetengah individu, kehadiran media siber boleh dianggap “bagai si bisu yang mendapat suara”. Mereka menulis apa-apa sahaja dan mengekspresikan segala cerita dan rasa dalam diri tanpa berfikir panjang.
5.4.7 Persekitaran
Sebenarnya, faktor persekitaran merupakan satu faktor yang membuatkan umum, melakukan pencemaran tanpa mereka sedari. Ini kerana, kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat sendiri. Seperti yang kita tahu, Malaysia terbentuk daripada struktur kaum yang berbilang. Tiga kaum utama yang mendominasi adalah Melayu, Cina dan India.
Walaupun cuma tiga kaum yang terbesar, namun, bayangkan apa yang mungkin berlaku apabila tiga jenis bahasa yang berlainan dicampuradukkan? Ibaratnya seperti, mencampurkan asam pedas, sup dan kari dalam satu kawah yang sama. Akibatnya? Teruk. Walau bagaimanapun, tidak seharusnya mana-mana pihak menyalahkan sesama sendiri atau menuding jari ke atas satu sama lain. Ini kerana hidup bermasyarakat yang telah dibina sejak wujudnya negara Malaysia ini bermaksud masyarakat perlu saling bertolak ansur dan berkerjasama. Penggunaan bahasa, atau perkataan malah istilah daripada bahasa kaum lain adalah tidak salah sama sekali, malah ia mampu melambangkan persepaduan dan kesepakatan. Cuma, biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya.
Jenis-jenis pencemaran bahasa di alam siber
Bahasa rojak, menurut Kamus Dewan sendiri membawa maksud, bahasa percakapan yang bercampur aduk. Sedar atau tidak, masyarakat di Malaysia sendiri memandang enteng akan penggunaan bahasa rojak kerana ia seperti sudah menjadi satu identiti, atau gaya percakapan yang lebih bersifat Malaysia. Kenapa begitu? Kerana Malaysia sendiri yang terdiri daripada negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang bahasa. Penggunaan bahasa yang bercampur ini merupakan hasil daripada percantuman kaum-kaum di Malaysia sendiri.
Bayangkan dialog seperti ini, “Apek, wa dah cakap sama lu maa. Wa takmau itu barang, apa pasat lu kasi tapau juga?”
Ataupun begini,”aney, kasi angkat ini meja la. Saya mau duduk tengok. Bawak sini roti sama teh tarik.”
Dialog percakapan di atas kelihatan sudah biasa di kehidupan seharian. Inilah contoh bahasa rojak yang umum tidak langsung menyedarinya.
Dialog pertama, percampuran antara dialek percakapan bangsa Cina dalam bahasa Melayu. Perkataan Apek, Wa, Lu tiada dalam bahasa Melayu. Malah penggunaan tatabahasa yang lintang-pukang seperti ‘itu barang’ yang sepatutnya, ‘barang itu’.
Dialog yang kedua, percampuran bahasa Melayu dengan dialek kaum India di Malaysia. Perkataan Aney bukanlah satu perkataan Melayu. Malahan, susunan kata ‘kasi angkat ini meja’ sepatutnya menjadi ‘tolong angkat meja ini’. ‘Bawak sini roti sama teh tarik’ sepatutnya ‘bawakan saya roti dan teh tarik’. Namun, umum sudah lali dengan penggunaan yang bercampur baur ini.
5.3.2 Bahasa SMS
Bahasa SMS, satu bahasa atau gaya yang masyarakat gunakan dalam menghantar mesej ringkas kepada seorang yang lain. SMS atau nama lainnya, “Short Messaging System” atau Sistem Pesanan Ringkas, merupakan satu kaedah komunikasi yang lebih canggih dan lebih digemari oleh golongan muda. Ini kerana ia lebih mudah, lebih cepat dan lebih bersifat mesra pengguna.
Maharam Mamat (2009), dalam blognya menulis, bahawa bahasa SMS adalah satu bahasa kod, di mana ia sama seperti kod BRAILLE untuk orang cacat penglihatan dan dan kod MORSE untuk telegraf. Maka, kod SMS adalah untuk komunikasi tulisan melalui telefon bimbit.
Menurutnya lagi, terdapat 10 kategori bahasa SMS, iaitu:-
1) Lazim atau perkataan yang telah diterima pakai dalam dokumen atau penulisan rasmi serta dirakamkan dalam kamus. Contohnya, sungai menjadi sg, kampong menjadi kg.
2) Pengguguran huruf vokal dalam perkataan, samaada sukukata awal atau akhir, serta huruf konsonan. Sebagai contoh, makan menjadi mkn, sekolah menjadi skola.
3) Akronim, atau perkataan yang dipendekkan dengan mengambil huruf awal atau sukukata awal dan digabungkan menjadi perkataan. Contohnya, UKM iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia atau MAIS iaitu Majlis Agama Islam Selangor.
4) Gabungan sukukata beberapa perkataan yang digabungkan seperti pawagam yang dijadikan singkat daripada perkataan asalnya panggung wayang gambar.
5) Perkataan kata ganda yang didapati dalam bahasa SMS seperti kadang-kadang menjadi kdg2, sama-sama menjadi sma2.
6) Perkataan yang berdasarkan kepada kolokial, iaitu ejaan dan bunyi yang lazimnya digunakan dalam bahasa lisan seperti ambil menjadi amek, mereka menjadi dorang, naik menjadi nek.
7) Perkataan melampau yang dieja dengan gaya tersendiri seperti kerja menjadi kejer, gila menjadi gilew.
8) Singkatan yang diMelayukan seperti babai yang pasa asalnya adalah bye-bye, ‘aku kol ko later’ yang sepatutnya ‘aku telefon kau nanti’.
9) Perkataan yang membawa makna baru dalam bahasa komunikasi tidak rasmi seperti ‘ohh bapak terer’.
10) Perkataan yang menggunakan simbol yang menggambarkan bunyi dan perasaan seperti muahh untuk mencium, waa untuk menangis, hmmm..untuk berfikir.
Bahasa SMS memang memudahkan penggunanya dalam berkomunikasi namun, apabila telah disalahgunakan, ia boleh memudaratkan dan merosakkan.
5.3.3 “Broken language”
“Broken Language” sebenarnya merupakan satu istilah pada asalnya “Broken English”. Ia merujuk kepada kesalahan tatabahasa dalam bahasa Inggeris dan penggunaan bahasa Inggeris yang tidak formal masyarakat bukan Inggeris. Malah, Shakespeare sendiri pernah menggunakan istilah “Broken English” yang dipetik dalam perkataannya, “ Breake thy mind to me in broken English “.
Akira Nambara juga menyatakan dalam International Herald Tribune, bahawa, “English is the international language. Or, I should say, broken English is the international language” yang membawa maksud penggunaan “Broken Language” yang bersifat universal, di mana-mana sahaja (2008).
Menurut pendapat seorang lagi penulis di Internet, Harvey Milk, “Broken Language” merupakan satu bahasa percakapan yang diguna tanpa mempunyai semua perkataan yang diperlukan untuk membentuk sepotong ayat. Namun, tidak bermakna tanpa perkataan-perkataan yang hilang ini, ayat tersebut tidak boleh difahami (2008).
Jadi, penggunaan bahasa ini dalam alam siber adalah semakin ketara. Seperti contoh ayat di bawah.
“I like guy store. He cute.”
Ayat di atas sepatutnya menjadi “I like that guy from the store. He is cute.”
“Go buy something. Eat. ”
Ayat boleh menjadi lebih baik sekiranya “You have to go and buy something to eat.”
Penggunaan “Broken English” dalam kalangan masyarakat Malaysia menjadi semakin berleluasa dan kadang kala dianggap aneh sekiranya ayat yang betul dari segi tatabahasa digunakan dalam kehidupan seharian.
5.3.4 Bahasa lucah
Bahasa lucah juga merupakan salah satu pencemaran bahasa di alam siber yang sering digunakan oleh pengguna alam maya. Penggunaan bahasa ini boleh membuatkan seseorang berasa segan dan malu untuk membaca sesuatu penulisan samaada di blog dan di laman sosial.
Ini boleh menunjukkan bahawa penggunaan bahasa lucah ini semakin berleluasa digunakan di alam siber ini. Antara perkataan bahasa lucah yang sering digunakan adalah “Pantat ko” , “Wakluu”, “Kasi potong itu telor!” dan sebagainya. Terasa malu untuk menyebutnya bukan? Jadi penggunaan bahasa lucah ini perlu disekat agar ia tidak akan mempengaruhi generasi muda untuk menggunakan bahasa ini sebagai salah satu bahasa komunikasi di alam siber.
5.3.5 Istilah remaja
Istilah remaja merujuk kepada penggunaan bahasa dalam kalangan remaja yang menggunakan bahasa mereka sendiri semasa berkomunikasi di antara remaja. Penggunaan istilah seperti sengal, poyo, senget, der, belo dan sebagainya seperti sudah menjadi makanan ruji dalam percakapan mereka seharian.
5.3.6 Emotikon
Emotikon ialah ikon atau simbol tertentu yang mewakili pelbagai ekspresi wajah atau emosi yang dibentuk daripada kombinasi tanda baca dan huruf tertentu yang terdapat pada papan kekunci komputer atau telefon mudah alih.
Ada beberapa emotikon umum yang sering digunakan dalam komunikasi siber ini. Contohnya seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1.
Jadual 1 Emotikon
Emotikon Makna Emotikon Makna
:-) Gembira :-P Mengejek
:-( Sedih ;-) Bergurau atau kenyit mata
:-o Terkejut :-|| Marah
:’( Menangis :-| Bosan atau tidak peduli
:-D Ketawa |-o Menguap
Emotikon tersebut umumnya terdiri daripada tiga bahagian wajah, yang mewakili bahagian mata (tanda titik bertindih atau titik koma), hidung (tanda pembuka kurungan, penutup kurungan), dan mulut (tanda pembuka kurungan, penutup kurungan, atau huruf tertentu).
Selain itu, muncul pula kepelbagaian emotikon yang bukan sahaja menggambarkan ekspresi wajah manusia, tetapi juga bentuk lain, seperti haiwan, bunga, simbol ucapan tertentu, dan ekspresi perasaan (cinta, sayang atau marah).
5.3.7 Kaomoji
Kaomoji pada peringkat awalnya, merupakan emotikon yang berkembang dalam komunikasi siber di Jepun. Tidak seperti emotikon lainnya, kaomoji cenderung lebih mudah difahami oleh penutur kerana menggunakan tanda baca atau huruf yang sangat umum.
Walau bagaimanapun, kaomoji tetap berfungsi sebagai medium komunikasi yang akan mewakili ekpresi perasaan penutur yang digambarkan melalui simbol. Dalam situasi ini, penyingkatan tetap wujud dan kaomoji digunakan untuk menyatakan keadaan emosi tertentu seseorang ketika berhubung.
Jadual 2 Kaomoji.
Kaomoji Makna
(^_^) Gembira
(-_-;) Sedih atau menangis
(T_T) Merajuk atau kecewa
(^@^) Bangga atau senang hati
(-_-)y Menelefon atau minta dihubungi
Perkataan atau istilah khusus untuk mewakili perasaan, digantikan dengan simbol tertentu untuk memudahkan komunikasi kerana dunia siber itu sendiri berorientasikan imej segera, cepat dan mudah, tanpa mengambil kira kedudukan penggunaan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
5.3.8 Bahasa basahan
Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, basahan membawa makna sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Malah, penggunaan perkataan basahan sendiri dalam peribahasa membawa takrifan sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yang tidak baik. Biasanya, bahasa basahan yang digunakan ialah bahasa pasar, dialek, dan bahasa yang bercampur.
Jadi, dalam pencemaran bahasa di alam siber ini, bahasa basahan merupakan penggunaan bahasa seharian atau bahasa pasar yang sepatutnya merupakan satu kesalahan, tetapi masyarakat tidak lagi menganggapnya sebagai satu kesalahan kerana sudah menjadi kelaziman bagi mereka.
Sunday, June 27, 2010
Definisi Pencemaran Bahasa di alam siber
Pencemaran bahasa, secara umumnya diguna pakai sebagai satu istilah, untuk menunjukkan Bahasa Melayu kita dicemari dengan perkataan-perkataan asing, menurut Rosmila, dalam penulisan di blognya. Menurutnya lagi, tiada istilah 'pencemaran bahasa' di dalam bahasa Melayu ini. Jika dilihat pada sudut slanga yang dikatakan sebagai 'pencemaran bahasa' ini, slanga ini sama sahaja seperti dialek. Maksud di sini sama seperti dialek iaitu kedua-dua ini merupakan variasi kepada satu bahasa iaitu Bahasa Melayu.
5.0 HASIL KAJIAN
Kini, peranan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) serta perkembangan bidang siber sangat penting dan strategik untuk mengungkapkan pelbagai persoalan, baik yang bersifat positif mahupun negatif. Menurut Azman Ismail (2010), perkembangan tersebut merupakan sebahagian daripada realiti siber, iaitu teknologi yang menjadikan pengguna dapat berinteraksi dalam dunia atau persekitaran yang digerakkan oleh komputer. Suatu hal yang pasti, unsur yang paling ketara kepada dunia maya ialah bahasa yang digunakan ketika menulis, memberi pendapat dan komen serta bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi.
Secara umumnya, komunikasi dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu komunikasi lisan dan komunikasi tulisan. Menulis atau berkomunikasi melalui media siber merupakan satu proses penciptaan ungkapan yang pada mulanya adalah suatu dialog dalaman diri seseorang. Melalui media tersebut, seseorang itu dapat menulis atau mencurahkan apa-apa sahaja, seperti pendapat, cadangan, imaginasi dan kemarahan dengan cara yang tersendiri.Walaubagaimanapun, dalam keghairahan seseorang itu mencetuskan idea penulisannya, ada sesuatu yang seolah-olah sengaja diabaikannya, iaitu aspek penggunaan bahasa dalam penulisan, khususnya dalam media siber.
Pencemaran bahasa kian meningkat berlaku di alam maya terutamanya dalam kalangan para remaja khusunya para pelajar. Ini membimbangkan banyak pihak kerana penggunaan bahasa yang salah ketika berkomunikasi di alam siber memberi kesan kepada generasi akan datang. Penggunaan bahasa yang salah dalam komunikasi siber secara tidak langsung telah mengikis dan menghilangkan nilai estetika bahasa Melayu. Malahan, situasi ini juga turut memberikan kesan kepada penutur bukan Melayu atau penutur asing yang sedang mendalami, menyelami dan memahami bahasa Melayu, khususnya melalui alam siber.
Tujuan, skop dan Kaedah Kajian
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji sejauh mana pencemaran bahasa yang berlaku di alam siber serta jenis-jenis pencemaran bahasa, faktor-faktor dan kesan-kesan yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa di alam siber. Seterusnya beberapa cadangan juga dikemukan bagi mengatasi masalah pencemaran bahasa ini.
Skop kajian menjerumus kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM, Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM, bahasa, faktor-faktor dan juga kesan-kesan yang menyebabkan pencemaran bahasa di alam siber. Skop kajian yang tertumpu kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM kerana kebanyakan mereka banyak menggunakan internet dan laman sesawang untuk mencari maklumat dan melawati laman sosial. Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM menjadi rujukan untuk mencari maklumat tambahan iaitu buku-buku, surat khabar, jurnal dan sebagainya. Selain itu, bahasa yang digunakan juga difokuskan. Skop kajian juga tertumpu kepada faktor-faktor dan kesan berlakunya pencemaran bahasa di alam siber ini.
Kaedah kajian menggunakan resensi kepustakaan, soal selidik dan pemerhatian kepada pelajar UKM.
Pengenalan
1.0 PENGENALAN
Kertas kerja ini memaparkan tentang masalah yang berlaku di alam siber iaitu pencemaran bahasa di alam siber. Terdapat beberapa jenis pencemaran bahasa yang berlaku di alam siber ini iaitu bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa lucah, istilah remaja, “broken language”, emotikon, kaomoji dan bahasa basahan. Selain itu terdapat juga faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran bahasa berlaku di alam siber. Terutamanya faktor rakan sebaya, masa, pengetahuan bahasa yang lemah, sikap tidak endah, tiada tindakan atau denda yang dikenakan, perang siber dan persekitaran. Setiap perkara yang berlaku pasti ada kesan, akibat dan natijahnya. Oleh itu, kesan-kesan yang berlaku akibat pencemaran bahasa di alam siber ialah bahasa menjadi rosak, kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang, persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa, gejala sosial semakin berleluasa dan mutu kualiti bahasa menurun dalam kalangan pelajar. Justeru, terdapat tiga cadangan yang difikirkan bagi mengatasi masalah ini iaitu pemantauan pihak tertentu, seminar dan bengkel dan fikir sebelum tulis. Dengan mencadangkan beberapa pendapat untuk mengatasi pencemaran bahasa di alam siber ini, diharapkan agar pencemaran bahasa dapat dikurangkan dan dapat mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul ketika menulis di alam siber.
Friday, June 25, 2010
Rujukan
10.0 Rujukan
Azman Ismail. 2010.Emotikan, kaomoji dan Singkatan.Kecelaruan Bahasa Melayu Era Siber. Dewan Bahasa Mac:12-15.
Hana Shintaro. 2010.Membina Benteng Pertahanan Bahasa dalam minda.Dewan Bahasa Mei : 48-51.
Imlan Adabi. 2010.Perang Siber ancam masa depan manusia. Berita Harian. 31 Mei : 10
Kamus Dewan. 1991.Edisi Baru.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka
Rozita Radhiah Said. 2010.Bahasa Dalam Komunikasi SMS.Dewan Bahasa Mac:16-18
Teo Kok Seong. 2010.Bahasa dalam Komunikasi Siber Kelebihan dan kekurangan. Dewan Bahasa Mac :6-10.
Zalila Isa. 2010.Media Siber dan Bahasa.Kebebasan yang ada batasnnya. Dewan Bahasa Mac : 20-23.
Soal selidik
Pencemaran Bahasa di Alam Siber
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji sejauh mana pencemaran bahasa yang berlaku di alam siber serta jenis-jenis pencemaran bahasa dan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa di alam siber.
Bahagian A (Maklumat Respondan)
Sila isi semua soalan di bawah.
Jantina Lelaki Perempuan
Umur : ______ tahun
Fakulti : ____________ Program: _______________ Tahun : _______
Bahagian B (Soal selidik)
Tandakan √ pada pilihan jawapan yang sesuai.
1. Berapa kerapkah penggunaan Internet dalam sehari?
8 jam
5 jam
3 jam
Sepanjang hari
Lain-lain. Nyatakan : _________________
2. Apakah jenis laman sesawang yang sering dilayari di Internet?
Laman social ( Facebook, Friendster, Hi5, Tagged)
E-mel
You Tube
Blog.URL:________________________________
Lain-lain.Nyatakan : _______________________
3. Pernahkah anda menggunakan ayat-ayat atau perkataan seperti berikut semasa melayari Internet. (Anda dibenarkan menanda lebih daripada satu).
Cubelah try.
Masa dah time.
Kamu c-hat.
Ngah watpe?
U can see firstlah.
We got class x?
WTF!! (what the fuck)
Usha, cikaro, der, babe, chow, poyo, senget, blah
:-), :-p, :-(, |-o, :-o
(^_^), (T_T), (^@^)
Bodoh giler ar org tu…
Bapak besar
Hotak ko!
Bajet lah kau.
Bahagian C
Berikut merupakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa di alam siber.
Tandakan √ pada satu sahaja pilihan jawapan.
Faktor-faktor Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju
1. Laman sosial penyumbang terbesar kepada pencemaran bahasa.
2. Rakan sebaya sebagai punca utama kepada pencemaran bahasa
3. Menjimatkan masa sering menjadi alasan bagi pengguna untuk menulis bahasa rojak dan bahasa sms di alam siber.
4. Kurangnya penguasan bahasa dalam kalangan pelajar UKM di alam siber.
5. Skop pelajar yang tidak ambil peduli dalam penggunaan bahasa asalkan mesej dapat disampaikan dengan jelas.
6. Pengguna tidak mengendahkan pencemaran bahasa kerana kurangnya pengetahuan terhadap undang-undang yang telah dikuatkuasakan.
7. Alam siber di salahgunakan demi kepentingan peribadi.
Isi kandungan....
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 TUJUAN KAJIAN
3.0 SKOP KAJIAN
4.0 KAEDAH KAJIAN
5.0 HASIL KAJIAN
5.1 PENDAHULUAN
5.2 Definisi
5.3 Jenis-jenis pencemaran bahasa di alam siber
5.3.1 Bahasa rojak
5.3.2 Bahasa SMS
5.3.3 “Broken Language”
5.3.4 Bahasa lucah
5.3.5 Istilah remaja
5.3.6 Emotikon
5.3.7 Kamouji
5.3.8 Bahasa Basahan
5.4 Faktor-faktor kepada menyumbang kepada pencemaran bahasa di Alam Siber
5.4.1 Rakan sebaya
5.4.2 Masa
5.4.3 Pengetahuan bahasa yang lemah
5.4.4 Sikap tidak endah
5.4.5 Tiada tindakan atau denda
5.4.6 Perang siber
5.4.7 Persekitaran
5.5 Kesan-kesan pencemaran bahasa di alam siber
5.5.1 Bahasa menjadi rosak
5.5.2 Kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang
5.5.3 Persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa
5.5.4 Gejala social semakin berleluasa
5.5.5 Mutu kualiti bahasa menurun dalam kalangan pelajar
6.0 SOAL SELIDIK
7.0 CADANGAN
7.1 Pemantauan pihak tertentu
7.2 Seminar dan bengkel
7.3 Fikir sebelum tulis
8.0 RUMUSAN
9.0 PENUTUP
10.0 RUJUKAN
LAMPIRAN
Kertas Kerja Pencemaran Bahasa di Alam Siber
Saturday, June 19, 2010
300 remaja Melayu salah laku seksual, seks bebas
300 remaja Melayu salah laku seksual, seks bebas
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/06/20
KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.
Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.
Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.
Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka.
“Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah ‘buat selagi tidak mengandung’. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup.
“Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata ‘enjoy dulu, nanti taubatlah’. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka.
“Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya kepada Berita Harian.
Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat ‘ringan-ringan’ seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.
Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama ‘mencurah minyak ke dalam api’ yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak.
“Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini.
“Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.
“Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan ‘pemeriksaan fizikal’ yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang ‘tanda’ berkaitan.
“Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan,” katanya.
Thursday, June 17, 2010
semoga berjaya di dalam Peperiksaan
Tuesday, June 15, 2010
bukan aku
apa tu pantau tegur bahasa?
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebenarnya tidak memandang enteng akan isu pencemaran bahasa. malah, mereka berusaha untuk melakukan sesuatu. buktinya? Kemmpen Pantau Tegur Bahasa.
Pantau Tegur Bahasa merupakan satu usaha yang meminta bantuan masyarakat sendiri untuk memaklumkan pihak DBP sekiranya terlihat mana-mana pihak melakukan kesalahan bahasa di tempat awam. pihak DBP seterusnya akan melakukan siasatan terhadap aduan yang dilakukan. ganjaran juga akan diberikan kepada rakyat mengikut jumlah pantauan yang dilakukan oleh pemantau.
berikut merupakan contoh gambar yang dirakamkan.
(sumber : Laman Web rasmi DBP)
p/s: boleh melawat laman web DBP untuk membaca info-info terkini.
follow up.
fuh.
pembentang pertama : SARAH NUR MOHAMAD NASIR (sarah n. a.k.a. sarah hejo)
pembentang kedua : NORAFATIN KHALID (fation)
pembentang ketiga : HAZLINA ABDUL HAMID (anilzah)
pembentang terakhir: AHMAD MUZZAMMIL MOHD HAIRI (mujem)
GLAD WE MAKE IT. (pencampuran bahasa asing dalam tulisan bahasa melayu. pencemaran?)
tadi dah terangkan dalam slide ada 8 jenis pencemaran kan?
ingat?
takpa lah kalau tak ingat. tengok je dekat slide bawah tu. ada. kami penah muatnaik(upload) dalam blog. takda hal lah.
nak tengok lagi contoh paling ketara yang orang pandang enteng?
sila baca tagline poster ini. nampak?
p/s: tapi, cerita ini bagus jugak. satu gelombang baru dalam industri kita pada ketika ianya dikeluarkan, pada tahun 2008. remaja dan muzik. dan dadah. dan masalah tipikal remaja yang lain.
yang tetiba je nak menulis,
sarah n.
Thursday, June 10, 2010
~Tips KesiHaTaN~
Agak malu sedikit kerana memakai seluar tidur pergi ke kedai....saya memang jenis "slumber". janji menutup aurat~~;)
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-
1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Ini semua mengenai sebahagian tips untuk tubuh badan kita....esok-esok saya akan menulis lagi tips-tips yang lain...baiklah...mata sudah layu~ mahu tidur...Zzz.....krohhh...krohhhh
yang ikhlas dan tiba-tiba rajin pagi buta ini--> FatiOn....:)
Draf Pembentangan....
Sekian.......:)
Wednesday, June 9, 2010
Adakah dunia semakin dekat dengan kiamat..
"Rasulullah SAW bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bagian timur bernama Khurasan"
Maka boleh jadi yang dimaksud Rasulullah SAW tersebut ialah benar adanya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi SAW. bersabda: "Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "
Dan Sai Baba ini bisa jadi adalah salah satu dari 30 dajjal-dajjal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa bin Maryam).
SIAPA SAI BABA ITU DAN BAGAIMANA CIRI-CIRI DAJJAL MENURUT RASULULLAH SAW?
-Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
-Menyembuhkan orang lumpuh dan buta,
-Bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya.
-Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap,
-Menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang Bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama.
Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.
"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)
"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)
BEBERAPA PERSAMAAN DAJJAL DAN SAI BABA:
-Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.
-Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.
-Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.
-Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.
-Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.
-Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.
-Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut-pengikutny a.
-Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.
-Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.
-Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majelis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.
-Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanker.
-Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).
-Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.
-Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.
-Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.
-Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang.
-Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.
-Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh-tumubuhnan dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.
-Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).
-Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis.
-Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengklaim bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan.
Kesimpulan: Bahwa sifat Dajjal dan Sai Baba yang diutarakan diatas adalah bagian dari sifat salah satu 30 dajjal-dajjal kecil (pendusta-pendusta akhir zaman) yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal besar).
Yang ciri-cirinya menurut riwayat hadits shahih adalah sebagai berikut :
-Dajjal buta sebelah seperti buah anggur.
-Kedua matanya ada tulisan kafir yang dapat dibaca oleh orang beriman.
-Dajjal tinggal di bumi selama 40 hari, 1 hari seperti setahun, 1 hari berikutnya seperti sebulan, 1 hari berikutnya seperti seminggu, 1 hari berikutnya seperti hari biasa.
Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah, dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. Maka Dajjal singgah di daerah rawa, kemudian Madinah bergoncang tiga kali goncangan, sehingga seluruh orang kafir dan munafik keluar dari sana menuju ke tempat Dajjal."
Rasulullah SAW bersabda : “Bukankah sesungguhnya ia itu bermata sebelah, dan tertulis di antara kedua mata dajjal itu kata kafir, yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin.” (Muttafaqun ‘alaih) Dan dalam riwayat yang lain dinyatakan: “Tertulis diantara dua matanya huruf kaf, fa’, dan ra’.”(HR. At-Tirmidzi)
Hadist riwayat Muslim, dari Nawwas bi Sam’an: Rasullulah SAW mengatakan, "Dajjal adalah seorang pemuda berambut keriting, matanya sebelah kanan celek, aku menyerupakannya dengan Abdul Uzza bin Qathan (lelaki Quraisy yang hidup di zaman Jahiliyah). Maka barang siapa yang menemuinya bacalah surat Al-Kahfi. Ia keluar dari sebuah jalan antara Syam dan Iraq, lalu ia berbuat binasa kesana kemari ”
ALLAHU AKBAR! LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL "ALIYUL ADZHIM….
Sudah selayaknya kita senantiasa memohon perlindungan hanya kepada Allah SWT saja. Bacalah selalu doa di bawah ini selepas shalat Fardhu, di akhir tahiyyat sebelum salam, insya Allah, kita selalu dalam lindungan-Nya.
"ALLAHUMMA INNI 'AUDZU BIKA MIN ADZABIN JAHANNAM, WA MIN ADZABIN QABRI, WA MIN FITNATIN MAHYA WA MAMAAT, WA MIN SYAHRII FITNATIN MAHSYIHIL DAJJAL"
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Jahannam, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, kuberlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian serta kuberlindung kepadaMu dari kejahatan dan fitnah Al-Masih Dajjal”
***Konspirasi Dajal bersifat matrialistik sekuler, dia datang dan "berdakwah" dengan membawa perumpamaan air, namun pada hakikatnya adalah api. Surga yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah neraka. Neraka yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah surga.
Gaya bicara Dajjal, tidak lain adalah seorang pendusta besar! Shalat adalah buang-buang waktu, Alquran dan agama hanyalah simbol, bahkan ia kerap mendustakan keberadaan para nabi-nabi terdahulu dan mengadakan fitnah didalam cerita/kisah rasul-rasul terdahulu.
Itulah sebagian sifat dari Dajjal laknatullah alaihi! Tujuannya hanya ingin mengkafirkan penduduk bumi dan memurtadkan orang-orang Islam agar keluar dari agamanya dengan dalih, Islam adalah agama setan dan masih banyak lagi. Naudzu billahi min dzalik!
Padahal Allah telah menjelaskan dalam Quran: "Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (Ali-’Imran:18-19)
Semoga Allah melindungi kita daripada fitnah Dajjal...