Tuesday, June 8, 2010

kandungan kertas kerja

Menemui pembaca-pembaca blog penselmaya.blogspot.com,


Apa khabar kamu-kamu yang sedang membaca. Sarah harap sihat-sihat sahaja. okey, sekarang sarah nak cerita.

Oh, dengar saja kertas kerja dah buat sarah berkobar-kobar! yeyy!! okey, tipu sangatlah.


ini barulah gambaran sebenar bila nak buat kertas kerja



biasalah remaja. menipu tu dah jadi hobi kot? eh, bukan hobi. hobi dia cuma buat pada masa lapang saja kan?kan?


erm, jadinya menipu macam rutin harian. macam mandi. kita buat sehari dua atau sesetengah orang, tiga kali sehari.


menipu macam makanan ruji jugak kot? macam nasik. tak hadam sehari, perut melayu ni memberontak macam 'vampire' yang dahagakan darah.


eh. eh. eh.


sarah nur. kamu dah mula pergi simpang siur ni. sila kembali ke jalan yang benar. tujuan kita buat pos baru bukan ke nak letak isi kandungan kertas kerja. lupa ke bhai?


okey, formal ye sarah nur. sila berbahasa secara formal mulai selepas noktah ini.



1.0 Tajuk:
Pencemaran Bahasa di Alam Siber

2.0 Tujuan:
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji sejauh mana pencemaran bahasa di alam siber dalam kalangan pelajar UKM. Selain itu, aspek ini dikaji untuk mengenal pasti jenis-jenis pencemaran yang berlaku di alam siber. Kajian juga dilakukan untuk mengkaji faktor-faktor dan kesan pencemaran bahasa kepada generasi masa kini dan akan datang.

3.0 Kaedah:
Kajian telah dijalankan dengan menggunakan resensi kepustakaan, soal selidik (sila rujuk pada bahagian lampiran di muka surat __) dan pemerhatian (sila rujuk pada bahagian lampiran di muka surat__). Penyelidikan dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber sama ada dalam bentuk data serta bahan sekunder atau primer. Bahan- bahan terdiri daripada buku, artikel, majalah, surat khabar, sumber internet dan sebagainya.

4.0 Skop:
Kajian ini hanya membincangkan tentang pencemaran bahasa di alam siber, faktor berlakunya pencemaran bahasa, kesan serta cadangan untuk mengatasi permasalahan ini. Justeru, kajian adalah terbatas di kalangan pelajar UKM sahaja sama ada lelaki mahupun perempuan.

5.0 Hasil Dapatan Kajian:
5.1 Pendahuluan
5.2 Definisi
5.3 Jenis-jenis pencemaran
i. Bahasa Rojak
ii. Bahasa “SMS”
iii. “Broken Language”
iv. Bahasa Lucah
v. Istilah Remaja
vi. Emotikon
vii. Kaomoji
viii. Bahasa Basahan
5.4 Faktor yang menyumbang kepada pencemaran bahasa 5.4.1 Rakan sebaya / “trend” 5.4.2 Masa 5.4.3 Pengetahuan bahasa yang lemah 5.4.4 Sikap tidak peduli 5.4.5 Tiada tindakan / denda 5.4.6 Perang siber
5.4.7 Persekitaran
5.5 Kesan pencemaran bahasa di alam siber. 5.5.1 Bahasa menjadi rosak 5.5.2 Kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang 5.5.3 Persepsi buruk terhadap pencemaran bahasa 5.5.4 Gejala sosial semakin berleluasa 5.5.5 Mutu kualiti bahasa menurun dikalangan pelajar

6.0 Soal selidik
7.0 Cadangan
8.0 Kesimpulan
9.0 Rujukan
10.0 Lampiran


TAMMAT.


Fuh. Fuh. Penat oh pakai bahasa baku.


Dan kepada Puan Rozmel dan pembaca sekalian, saya sarah nur binti mohamad nasir. Dan saya ahli kumpulan pensel yang paling lambat perkenalkan diri. Minta maaf dan sekian.

Yang Benar,

Sarah Hejo.

p/s: jangan tanya kenapa hejo. yang pasti bukan nama jawa.

0 comments:

Post a Comment