Akta 589
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia adlah suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multilmedia Malaysia (SKMM) yang mempunyai kuasa untuk mengawasi dan mengawal selia aktiviti komunikasi dan multimedia di Malaysia, dan menguatkuasakan undang-undang komunikasi dari multimedia Malaysia, dan bagi perkara yang berkaitan.
Akta ini mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh menteri melalaui pemberitahuan dalam Warta.
Anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik oleh Menteri dan terdiri daripada :
a) seorang Pengerusi;
b) 3 orang anggota yang mewakili kerajaan dan
c) tidak kurang daripada 2 orang tetapi tidak lebih dari 5 anggota lain.
Antara fungsi-fungsi Suruhanjaya :
1) Melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang komunikasi dan multimedia.
2) Mengawal sedia segala perkara yang berhubungan dengan aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak akan diperuntukkan dalam undang-undang komunikasi dan multimedia.
3) Menimbangkan dan mengesyorkan reformasi kepada undang-undang komunikasi dan multimedia.
0 comments:
Post a Comment