Friday, June 25, 2010

Soal selidik

Dalam kajian ini, kaedah soal selidik telah digunakan. Terdapat dua puluh borang soal selidik yang telah diedarkan kepada mahasiswa mahasiswi mengikut tiga buah fakulti iaitu Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti Kejuteraan Alam Bina. Respon yang memberangsangkan yang telah diberikan daripada mahasiswa mahasiswi tersebut apabila menjawab soal selidik yang diberikan.

Pencemaran Bahasa di Alam Siber

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji sejauh mana pencemaran bahasa yang berlaku di alam siber serta jenis-jenis pencemaran bahasa dan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa di alam siber.

Bahagian A (Maklumat Respondan)
Sila isi semua soalan di bawah.

Jantina Lelaki Perempuan

Umur : ______ tahun
Fakulti : ____________ Program: _______________ Tahun : _______
Bahagian B (Soal selidik)
Tandakan √ pada pilihan jawapan yang sesuai.
1. Berapa kerapkah penggunaan Internet dalam sehari?
8 jam
5 jam
3 jam
Sepanjang hari
Lain-lain. Nyatakan : _________________
2. Apakah jenis laman sesawang yang sering dilayari di Internet?
Laman social ( Facebook, Friendster, Hi5, Tagged)
E-mel
You Tube
Blog.URL:________________________________
Lain-lain.Nyatakan : _______________________
3. Pernahkah anda menggunakan ayat-ayat atau perkataan seperti berikut semasa melayari Internet. (Anda dibenarkan menanda lebih daripada satu).
Cubelah try.
Masa dah time.
Kamu c-hat.
Ngah watpe?
U can see firstlah.
We got class x?
WTF!! (what the fuck)
Usha, cikaro, der, babe, chow, poyo, senget, blah
:-), :-p, :-(, |-o, :-o
(^_^), (T_T), (^@^)
Bodoh giler ar org tu…
Bapak besar
Hotak ko!
Bajet lah kau.

Bahagian C
Berikut merupakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa di alam siber.
Tandakan √ pada satu sahaja pilihan jawapan.

Faktor-faktor Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju
1. Laman sosial penyumbang terbesar kepada pencemaran bahasa.

2. Rakan sebaya sebagai punca utama kepada pencemaran bahasa

3. Menjimatkan masa sering menjadi alasan bagi pengguna untuk menulis bahasa rojak dan bahasa sms di alam siber.

4. Kurangnya penguasan bahasa dalam kalangan pelajar UKM di alam siber.

5. Skop pelajar yang tidak ambil peduli dalam penggunaan bahasa asalkan mesej dapat disampaikan dengan jelas.

6. Pengguna tidak mengendahkan pencemaran bahasa kerana kurangnya pengetahuan terhadap undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

7. Alam siber di salahgunakan demi kepentingan peribadi.





0 comments:

Post a Comment